Photobucket

Friday, January 2, 2009

Haramkan tayar toreh, terpakai


Jan 2, 09 12:16pm
Kerajaan digesa mengharamkan penggunaan tayar toreh dan terpakai kerana kajian menunjukkan penggunaannya boleh menyebabkan kemalangan maut.

Sewaktu membuat gesaan itu, lapor Bernama, penerbit majalah Auto Touch Shamsudin Mohd Fauzi berkata kajian oleh pihaknya Perfect Driving & Safety Academy (PDSA) mendapati kebanyakan kemalangan berpunca daripada tayar, terutamanya tayar toreh dan terpakai.

"Ramai orang tidak menyedari penggunaan tayar itu boleh menyebabkan kemalangan maut dan jika ia tidak diharamkan lebih ramai lagi akan menjadi mangsa korban di jalan raya," katanya selepas membentangkan laporan kajian mengenai dua jenis tayar tersebut di Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR) di Alor Star semalam.

Shamsudin, juga pengarah PDSA, berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan pembeli tayar jenis ini terdiri golongan penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan mengenai bahaya menggunakan tayar berkenaan.

Tambahnya, Kedah mempunyai kedai yang paling banyak menjual tayar toreh dan terpakai terutamanya di Kuala Ketil dan Baling.

"Banyak pengguna tayar mengambil jalan mudah dengan membeli tayar itu kerana mereka tidak menyedari tayar toreh sebenarnya adalah tayar yang telah botak dan ditoreh untuk menebalkan semula bunganya sehingga menyebabkan tayar itu semakin nipis," Shamsudin dipetik berkata.

Malahan tayar terpakai yang diimport juga tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca di negara ini berbeza, katanya.

1 comment:

amin said...

bab tayar dengan brek, kene jage betul-betul bro... sebab ni banyak menyebabkab kemalangan yg tak disangka...