Photobucket

Friday, January 22, 2010

Train play center

Pagi-pagi dah kena suruh oleh anak tiup train play center.Malamnya Ibunya dah kena suruh...tapi mana larat nak tiup.....itu pagi-pagi aku kena tu....
Macam mana dia
jumpa dalam store aku pun tak tahu.Mainan ni dah dekat setahun dalam tu.....
Dahlah pagi tu nak pergi kerja + nak hantar ke rumah pengasuh + tadika....
Layanlah kejap...kalau tak buat mengamuk tak mahu pergi...jenuh jugak aku.....
Sempatlah tiup sebahagian sahaja.....buat sampai hajat......lepas tu oklah dia...
Nanti kita sambung balik nanti......nasib baik dia faham......

Balik kerja jer.....apa lagi main cukup2 mereka bedua.....dengan riuh mulut + mainan
bersepah sekalilah dibuatnya....layan.....zasssssssssss



tengok tu...sakit keng aku dibuatnya kena tiup....dahlah nak ke rumah pengasuh+tadika

nilah hasilnya tiupan aku...sakit mulut2..mainlah puas-puas sebelum aku kempiskan balik..hehhe

DIY lagi

Acara DIY mengecat pintu selepas renovation rumah.Ini disebabkan ada sedikit kesan simen yang percik
ke pintu dan juga sedikit cat.Jika basuh menggunakan air sabun pun tak berapa puas hati kesannya.
Nasib baiklah ada balance cat yang lama dalam store,so bolehlah aku DIY.
Aku hanya membeli berus cat serta minyak thinner sahaja yang bermodalkan RM5.
Step pertama:bersihkan permukaan pintu dari segala habuk dan juga kesan simen/cat yang melekat.
step kedua:gunakan sand paper untuk melicinkan permukaan pintu bagi menampakkan kesan kilauan cat.
step ketiga:bolehlah apply cat(jenis meranti) dengan menggunkana berus.

Peralatan yang diperlukan

Hasilnya seperti gambar dibawah;

Sebelum cat

Hasilnya

Wednesday, January 20, 2010

Rumah ku Syurga Ku

Projek mega terakhir iaitu renovation bahagian atas plak.Projek dimulakan pada 9 Dec 09.
Kontraktor projek hanya jiran depan rumah sahaja dan dapat harga yang menarik.Pekerjanya made in Indon boleh dikatakan cekap dalam mengendalikan setiap kerja yang dibuat.Malahan masa bekerja memang disiplin mengalahkan
pekerja kilang.Masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan adalah 1 bulan.


Gambar rangka yang telah siap dipasang serta pemasangan atap.


Gambar batu-bata yang telah siap diikat


Bahagian yang telah siap di plaster dan cat undercoat.

Bahagian bilik kecil telah diubah menjadi family hall.So bolehlah lepak sambil menonton TV disitu.Bilik baru telah dibuat pada belah belakang.Bilik yang asal pun ada tambah sedikit besar.


Inilah Family hall yang dahulu asalnya bilik.


Bilik no2
Inilah bilik bujang anak-anak aku yang dibesarkan sedikit bahagian belakang.Warna pilihan adalah warna biru.


Ini adalah lorong nak ke bilik ke-3 iaitu bilik baru.Diruang itu bolehlah aku letak mesin jahit serta mengosok baju.


Bilik no3
Inilah bilik ketiga yang berwarna hijau lembut.Jika tetamu datang bolehlah tidur disini.

Tuesday, January 19, 2010

Barang-barang Ikea

Barang-barang Ikea dalam perancangan nak jual sebab dah tak pakai setelah mempunyai Kitchen Cabinet.
Antaranya adalah seperti gambar dibawah.....

1.Rak pinggan


Kod Rak pinggan


2.Rak botol


Kod Rak botol



3.Rak penutup periuk


SOLD OUT ITEM 1 AND 2


Guppy


Setelah sebulan aquarium sepi tanpa isinya,tapi kini kembali menyeri kembali dan menceriakan suasana sekeliling.
Aku sekarang beralih peliharaan ikan lampam ke ikan guppy.Buat permulaan hanya 12 ekor sahaja dahulu.
Dari masa kesemasa aku akan tambah lagi jenis guppy yang berlainan jika rajin berjalan-jalan ke kedai ikan.

Thursday, January 14, 2010

Homework anak


Inilah hasil 1st homework yang cikgu bagi untuk anak aku.Nak suruh anak aku buat bukan main susah sekali.
Macam-macam janji aku cakap.....tak jadi apa......dia buat tak kisah jer.....
Adik dia pulak yang nak buat....hehhehhe...dan jugak 2 ke 3 garis adiknya belasah.

Kebetulan ada mini ice-cream dalam peti ais.....apa lagi aku umpanlah ice-cream tu.Jika buat homework
aku upahlah......itu pun tak jadi apa....adik dia jugak best dapat makan ice-cream.....
siap makan depan dia pun buat tak tahu.....siap tak bagi tengok kartun pun tak jadi apa.....
Dalam masa 1 jam jugak....last-last dia sendiri pergi buat.....sempatlah satu page siap.....lepas
tu terus tuntut ice-cream.....
Yang page last tu kena suruh lagi barulah nak buat sambil makan ice-cream.....
Nak kata tak pandai buat....nampak ok jer.......
Harap-harap lepas ni cikgu bagi homework dia ada keinginan nak buat...Insyaallah.

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Pengantin Baru


Pada 9 Januari 2010 berlangsungnya raja sehari Syamsul dan Suhana di Felda Selancar 1, Segamat Johor.
Pertama sekali tahniah buat pengantin,welcome to the club.

Aku bergerak dari Semenyih pada jam 11:00 pagi.....selepas SMS Kash sebab ingin konvoi sekali.....
Walaubagaimanapun info dari Kash tak selesai lagi urusan di KL pagi tu......
Aku bertolak dahulu perlahan-lahan melalui jalan lama menuju ke Seremban....sementara Kash siap....
setibanya di bandar Seremban Kash dah settle urusannya melalui panggilan telefon......so aku pun lajak
lagi melalui jalan lama menuju ke Senawang dan exit ke Highway PLUS.....

Pemanduan aku hanya perlahan sahaja.....menuju ke Hentian R&R Air Keroh Melaka....untuk berjumpa disana.
Ketika aku sampai di R&R tak kurang 2 minit,MPVnya muncul.....perhhhh....lajunya pecut.....
Si Zizi pun turut sama berjumpa disitu melalui calling2 dari kash......
Konvoi berlangsung dengan 3 biji kereta yang diketuai oleh Gzi.....pemanduan dalam 130KM/j ke 140KM/j
sehingga exit Tangkak.

Dari Tangkak ke Selancar rupa-rupanya jauh jugak....ingankan dekat jer....itu yang gerak lewat sikit.
Jalan ke Segamat agak sesak sedikit kerana lori kelapa sawit melalauinya.....waktu tu...nak pecut pun
tak berapa....kena Q lori kelapa sawit 3 biji bersusun.....main belasah jer memotong double line .
kalau tak lewatlah sampai...
Tiba di rumah pengantin dalam pukul 3 petang...waktu tu dah takder orang....khemah pun dah nak kemas.
tapi ok lah janji sampai.....kita orang hanya berselisih dengan abg zaidi...dan chepool sahaja di
persimpangan jalan nak keluar....
kira rugilah tak jumpa geng bas sekolah yang dah lama tu......
Dalam 1 jam lebih jugak berada di rumah pengantin sebelum bertolak balik melalui jalan lama sehingga
sampai rumah......

From khaiphoto

Wednesday, January 6, 2010

Tadika Mimos


Salam semua blogger,Selamat tahun baru dengan 1st topic iaitu anakku ke Tadika.
Kini anak aku dah masuk 5 tahun dan bermulalah alam pra persekolahan di Tadika Mimos.Tahun depan
mungkin adiknya turut bersekolah bersama bagi umur 4 tahun.

Waktu register dan collect baju uniform tadika,anak aku memang excited untuk pakai dimana siap mandi
lagi.Selain itu dengan adanya beg dan kasut baru bertambahlah semangatnya.....
Adiknya hanya pasrah je.....tengok abangnya beruniform sekolah.Aku hanya membeli beg sahaja bagi
dia suka kerana kasut dan baju tak dapat.......pertanyaannya ada juga "adik punya mana"kita boleh
nampak riaksinya bertapa sedihnya...

Pada hari pertama di tadika anak aku menangis kejap sahaja mengikut info dari cikgunya
dimana beliau telah mencari aku......
Ini gara-gara aku nak simpan kereta kejap dan pi usar balik lepas tu......waktu usar tu nampak
ok jer bermain mainan disitu......aku malaslah nak tegur ...just cabut gitu jer......




Pada keesokkannya bersemangat juga nak ke sekolah tetapi setelah jejak dalam kelas
dia pun dah mula nak nangis.....bila aku nak gerak ke opis....cikgulah yang menenangkannya.
waktu balik mengambilnya memang ada perbezaan di hari pertama dan kedua....ini mungkin dah ada
kenalan baru yang bermain bersama.Aku panggil pun tak dengar asyik bermain jer.....
Harap-harap hari berikutnya takder masalah.......