Photobucket

Saturday, July 30, 2011

Jem kereng


Waktu t.hari tadi ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk menghantar wife dekat Sogo.Tahu sajalah hari sabtu macam mana keadaan jalanraya di bandar .
Aku bertolak dari Semenyih melalui highway grand saga,keadaan sepanjang jalan ok sahaja.Apabila lepas tol batu 9 berhampiran plaza phonix dah mula start jem.....keadaan pergerakan kenderaan dalam 2okm/j sahaja.Jem tersebut berlarutan hinggalah ke tempat yang hendak ditujuai.....ini telah mengambil masa dalam 2 jam.

ontheway balik melalui jalan TAR dah mcm nak hari raya rasanya....tu dia manusia punyalah ramai....duk shooping kut.....persiapan awal raya

Friday, July 29, 2011

Malaysia Vs Singapore

Jam 5:30 tepat terus balik kerja utk elak jem depan traffic light TPM.Aku kena hantar wife balik dulu sebelum patah balik ke stadium.Nampaknya kereta dah banyak parking tepi jalan hingga ke Astro.Ramai penyokong dah mula bergerak ke stadium dengan memakai jersey kuning dan biru disepanjang jalan.

Nampak semua highway/jalan biasa dah jem……jalan mana nak lalu jap lagi ni lepas hantar wife….aduhai…….last2 cilok jalan belakang sri kembangan….sampai juga……waktu ni memang org dah penuh……dan ramai lagi yang berada dekat luar…
Kalau ikut dari penyokong memang melebihi kapasiti muatan,aduhai…….memang takder ruang langsung….main cilok2 tengok jer…..aku rasa mcm ada tiket palsu jer……sebaiknya pakai scan.

Apa-apa pun Tahniah buat pemain Malaysia w/pun tewas.Memang BEST.










Wednesday, July 27, 2011

Karipap


Balik kerja hari ni pulun buat karipap 200 biji, disebabkan ada pelanggan nak sesangat untuk acara pagi esok katanya.Nasib baiklah ada inti dalam 2 kilo lebih.Pelanggan tak jauh mana dari rumah,so senanglah nak menghantarnya.Selesai membuat adalah dalam jam 9.30pm dan jam 10.00pm hantar.
Pada minggu ni nampaknya kena siapkan apa yang diminta oleh pelanggan sebaik mungkin sebelum masuk bulan ramadhan.

laksa Peneng

Pagi ini menikmati laksa peneng yang dibawa oleh member opis.Rasanya memang sedap seperti yang jual digerai-gerai makan.

Nasib baiklah pagi tu takder beli kuih…….

Terima kasih dengan hidangan laksa tersebut .Sesiapa yang terliur tengok gambar bolehlah cari dimana-mana gerai berhampiran.

Pesta makan durian

Pesta makan durian di opis hari ni…..bos-bos belanja. Rambutan,duku dan pulut durian pun ada…..

sesiapa yang hantu durian tu bolehlah pulun sebanyak mungkin.....tp aku hanya sedikit sahaja....tak boleh pi.....

Perhhhhh kenyanglah sampai tak makan t.hari.

2nd Leg Kelayakan WC 2014_Msia vs Spura

Restoran makanan cina (Bandar Baru Bangi)

Dah lama lalu hadapan kedainya tetapi tak kesempatan nak singgah makan.Hari ini gaji dah dapat,so bawalah my family makan di situ.Masa pergi boleh dikatakan penuh semua meja yang ada di isi oleh pelanggan.Maklumlah semua dah dapat gaji.

Menu yang di order adalah Wantan Mee BBQ dan Wantan Mee Roested Ayam.Tetapi untuk Dim Sum semuanya dah habis.


Wantan Mee Roested Ayam




Wantan Mee BBQ

Menu

Tuesday, July 26, 2011

Tiket bola


Tunggu hari dan masa sahaja nak pergi menonton bola sepak antara Malaysia Vs Singapore setelah berjaya dapat tiket di SNBJ.

Monday, July 25, 2011

Makan-makan


kedua-dua anakda sungguh kusyuk makan 3-fer

Cempedak



Merasai kenikmatan dan keenakan buah cempedak yang beli baru ni.Rasanya perhhhhh...manis tak ingat.....anak-anak pun suka.......Separuh makan macam tu sahaja dan sebahagian lagi goreng.

Tiket Malaysia VS Singapore

HARGA TIKET MALAYSIA VS SINGAPORE:

RM50 (grandstand)
RM30 (free-seating)
RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
...
LOKASI :

Pintu masuk utama Stadium MBPJ
Pintu masuk Stadium A Shah Alam
Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil
Mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 Julai 2011

Deman lagi

Dari malam semalam Affan kembali deman disebabkan petang itu bermain panas dengan adiknya.Dah lah baru 2 hari baik….kini demannya kembali lagi….Untuk kali ini suhunya lain macam sikit ,di mana asyik maintance 39D ++ jer ,…….memang

Susah nak turun ke 38++…….Walaupun dah masuk ubat buntut pada jam 2 pagi suhunya masih sama juga……

Pada jam 6:30am sempatlah jumpa DR dekat klinik……dah kena masuk ubat buntut sekali lagi…..still sama juga hinggalah ke tengahari……..memang tak bermaya melihat keadaannya….nasib baiklah nak minum dan makan.

Keadaannya berlarutan hingga ke petang barulah suhunya turun….alhamdulillah….kalau tak malamnya kenalah ambil darah.

Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014


SINGAPORE 5 MALAYSIA 3....3 gol dibawa pulang ke tanah air....harapan serta peluang masih ada kerana kita masih ada 90 minit lagi di SNBJ pada 28 julai ini....... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

selipas CROCs

Selipar crocs dlm kenangan.......... telah hilang dekat masjid selepas solat jumaat tadi.Kutu mana yang ambil aku pun tak tahu.......nak kata cantik takderlah.....dah buruk rasanya......
Masa letak tu ada jugak rupanya seakan sama sellipar aku......tapi takderlah dekat sangat.....mungkin dia tersalah sauk atau sebaliknya.....

Aku tunggulah dahulu sehingga orang ramai balik.....nak tengok selipar mana yang ada kekosongan.Kalau nak main rembat mcm tu.....mana boleh, kesian kat orang lain plak...
kalau silap rembat mahu kena pelangkung di tuannya.Nak jalan ke kereta jauh jugak dan jalan tar plak tu.....panas tak ingat.

Downtown The Mines

Baru sempat pergi ke downtown The Mines yang terbesar.Jenuh nak habiskan pusingan seluruh kedai yang ada di situ.Kalau ikutkan memang betul besar ,berbanding tempat lain yang dah pergi.

Pelbagai jenis jualan yang ada di sini terutamanya adalah pakaian.Selain itu peralatan memancing,aquarium,jam tangan,beg,barang terpakai kenderaan,hiasan rumah,rawatan penyakit dan lain-lain.

Kedai Cenderamata

Tadi sempatlah beli baju T jersey Malaysia.....

Thursday, July 21, 2011

monolog diri :

alangkah manisnya kurma iniiiiiiii . kurma nabiiiiiiii . nabi kekasih Ilahi . wajah baginda berseri2 . manis sekali . siapa memandang jatuh hati . akhlak baginda terpuji . bak bunga kembang pagi . harum mewangi . tika pelangi melingkari . berwarna warni . nabi dikelilingi . sahabat sejati . wajah mrk jg berseri . mrk semua penghuni syurgawi . di syurga kunjung mengunjungi . mrk tetamu Rabbul Izzati

Affan Deman

Hari ini dah masuk 3 hari Usman Affan tak ke sekolah di sebabkan deman dan cirit.Adiknya Umran Adam pun sama deman.

So terpaksa cuti hari ni untuk menjaganya.Yang kesian semalam tinggalkan Affan di rumah pengasuh yang terpaksa mencuci cirit yang tak sempat ke toilet.Habis semua seluar yang dibekalkan kena cirit dan terpaksa pakai seluar adiknya ......

Buat masa sekarang nampaknya kedua-duanya macam dah okey......
Harap-harap besok bolehlah pergi ke sekolah.