Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru
termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila
millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk
service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang
sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang
diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada
kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini
kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi
lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi
mengelakkan injin dan gear box terhakis.
Bagi yang membeli kereta
secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja
anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda.
Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.
Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak
lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa.
Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung
kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit
gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa
sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi
paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI
PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta
manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas
pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan
merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.
Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan
panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear
tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil).
Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek.
Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik
untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan
memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto,
pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3.
Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan
"overdrive button". Sekiranya kerata anda mempunyai overdrive button
(wira 1.6 mempunyai overdrive button dan pada wira 1.3, 1.5 ,kancil),
anda perlu menerima hakikat yang kereta anda boleh dipandu secara
aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100
km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear
dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga
kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j
kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita
mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan.
Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita
dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan
kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).
Bagi kereta
semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang
direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI
MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA
PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut
kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat
lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda,
jangan panik, gear box anda rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box
sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan
pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate,
tukar juga oil seal walaupun ianya bocor kerana jangkahayat oil seal
dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.
akhir
sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan
Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear
box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan
cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box
rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000
(kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 =
RM 22000).