Photobucket

Monday, June 18, 2012

Jerubu

Kini Jerubu kembali melanda lembah Klang yang mana penglihatan agak terjejas.Jerebu melanda negara secara mendadak hari ini sehingga mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 di Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Cheras.

Menurut jurucakap Jabatan Alam Sekitar (JAS), jerebu yang mula dikesan di beberapa stesen di sebelah pantai barat Semenanjung itu didapati berpunca dari kawasan titik panas iaitu pembakaran hutan di wilayah Riau, Sumatera.
Jelasnya, asap jerebu yang berpunca di wilayah itu telah dibawa angin barat daya yang menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia.
"Setakat ini, jerebu dikesan berpunca dari sana. Kebakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada jerebu belum dikesan berlaku di negara ini," katanya merujuk kepada laporan kebakaran lebih 100 hektar kawasan tanah gambut di Kuala Langat, Selangor.

No comments: