Thursday, June 28, 2012

My Birthday

Hari ni adalah my birthday.......begitu sekejap sahaja masa berlalu tanpa menunggu kita.....

Alhamdullillah Allah telah memberi kesihatan yang baik pada diri ku ini dan keluarga.

Di FB ramai rakan-rakan memberi ucapan,jika tiada FB mungkin mereka tidak tahu birthday aku hari ini.

Terima kasih banyak-banyak buat my wife yang menghadiahkan buku " RASULULLAH"

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

No comments: