Pada hari ini aku sekeluarga menemani adik ke Bangunan Leisure Mall (dulu terkenal dengan Bali)untuk mengambil Voucher FREE holiday.
Sebelum ini aku pun pernah menerima panggilan telefon dari agen-agen yang berkaitan dengan Free baucer holiday.Semua itu aku tak pernah pergi.....
Dengar dari member-member memang betul dia akan bagi free tapi kita kena meluangkan masa untuk mendengar penerangan darinya mengenai syarikat beliau.
Pada jam 16:50pm bersamaan 29 Nov 08 aku tiba di depan Leisure Holiday.Ketibaan ku disambut oleh kakitangan beliau dimana adik aku kena isi satu borang.......aku pun letaklah nama aku sekali pada borang tersebut.
Lepas pada tu aku sekeluarga dibawa ke ruang pameran tentang resort dan diberi penerangan setiap lokasi resort yang ada disitu.....dalam negara dan oversea.
Selesai sahaja tour.... aku dijamukan makanan dahulu sebelum penerangan selanjutnya.
Acara penerangan bermula dari A sampai Z.......tapi dalam kepala aku dah set...aku just nak baucer FREE itu sahaja.......
Selesai sahaja penerangan anda dikehendaki menjadi member club barulah boleh pergi kesemua resort yang disediakan .....memandangan kepala dah set dan bayarannya boleh tahan jugak...aku pun bagitahu tak berminat.....
Lepas pada tu barulah aku dapat voucher FREE 2 plak tu....hehheheh...
ini disebabkan aku dan adik aku isi sekali borang tu.......
Baucernya 2Day 1Night.......dimana-mana:
a. Perdana Beach Resort,Langkawi
b. Greenhill Resort,Cameron Highland
c. Paradise Malacca Village,Malacca
d. Leisure Cove,Penang
e. Amber Court,Genting Highlands
f. Kemang Indah,Port Dickson
Valid 6 Months from date of issue.....
tengah fikir mana ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!m
Sunday, November 30, 2008
Saturday, November 29, 2008
Berkelah di Pantai Airport
Photo berkelah di Pantai Airport selepas menghantar keluarga ke Tanah Suci Mekah di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu.Penerbangan ini adalah yang kedua di Kuala Terengganu dimana terus ke Madinah.
Penerbangannya adalah jam 12:30pm pada jumaat 14.Nov 2008.....masa pendaftaran adalah jam 8:00am di Kompleks sukan.
Terima kasih keluarga di Kuala Hiliran kerana sudi menyediakan makanan disitu disamping menunggu penerbangan berlepas.
Gambar kurang memuaskan.....HP jer.......

Friday, November 28, 2008
Hujan(dah tiba musimnya)
HuJan LaGi petang ni……mandi hujan lagi Nampak gayanya…..
Semalam siap banjir dekat depan Klinik Kesihatan Kajang….waktu tu motosikal boleh lalu lagi…..
Sampai simpang empat Sunway Semenyih ,penuh jugak air kat situ…..follow belakang kereta jer…..kot-kot sangkut…jenuh nak tolak……lepas halangan ke-2
Bila sampai simpang traffic light dekat depan Petronas Semenyih pulak…..banyaklah air turun dari bukit…….hampeh satu mamat bawak Van takder isi perut…dengan selamba bawak laju…..habis air melantun ke muka Mat rempit seperti aku ni…..tak Nampak apa waktu tu…..kena maki keringlah jawapnya……..
Lepas depan TESCO Semenyih lega…….tapi lega hanya seketika sahaja….satu lagi halangan di Jambatan pendek berhampiran Hardware…..kat situ pun air banyak jugak…..macam biasa follow belakang kereta…….
Lepas pada tu lega….sampailah kat rumah…..ambik kereta terus ke rumah pengasuh anak……
Harap-harap pada petang ni…..takderlah seteruk semalam…..
Thursday, November 27, 2008
Kenduri Fairuz
Ulang Tahun Perkahwinan ke-5
Tuesday, November 25, 2008
TAMAN MINI MALAYSIA
Taman Mini Malaysia dan Asean memaparkan keunggulan seni bina tradisi daripada 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah replika rumah negara Asean mengikut spesifikasi sebenar. Rumah - rumah tersebut seperti rumah tiang 12 di Kelantan, rumah panjang di Kedah, rumah kutai di Perak, rumah serambi gajah menyusu di Pulau Pinang dan rumah Jonglo Mangkurat dan Sulawesi di Indonesia.
Selain menghayati keunikan rumah tempatan dan Asia Tenggara, keindahan flora dan lanskap sambil menyaksikan persembahan kebudayaan pasti menyeronokkan!
LOKASI:
Terletak 15 kilometer dari Pusat Bandaraya Bersejarah Melaka, berhampiran Country Resort dan Zoo Melaka.
Monday, November 24, 2008
Sawan Kali ke-2
Pada tanggal 21.Nov 08 jam 22:30pm aku terima panggilan dari wife aku mengatakan Aiman kena sawan untuk kali ke-2.Waktu itu aku bekerja sebelah malam.Pada kali pertama kena adalah 06 Oct. 08.
Demannya secara mengejut dan suhu badannya sangat tinggi
Kajadian kali ke-2 ini takderlah seteruk yang pertama hari tu tapi takut jugak dibuatnya.Sebelum aku sampai rumah,minta pertolongan jiran sebelah hantar Aiman ke klinik yang berdekatan.Pada waktu dalam kereta ke klinik Aiman sekali lagi matanya dah naik ke atas….sesampai sahaja di klinik ubat bontot telah dimasukkan.

Friday, November 21, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Lawatan ke Taman Tamadun Islam
Lawatan ke Taman Tamadun Islam pada 13 Nov 08
Gambar Masjid Kristal di waktu Maghrib.Maaf gambar tak cantik!!!!kamera murah
Gambar Masjid Kristal di waktu Maghrib
Pandangan dari dalam menghala pintu masuk
Kul Sharif Mosque,Kazan Rusia
Great Mosque of Agadez Niger
Kalyan Minaret,Uzbekistan
Aleppo Citadel,Syria
Top View Nabawi Mosque,Madinah,Saudi Arabia
Nabawi Mosque,Madinah,Saudi Arabia

Tuesday, November 18, 2008
Permata Hati: Latih pengucapan bermanfaat
Macam kenal jer......Ini satu tempat kerja rupanya....
IRFAN (kanan) mudah mendengar kata, manakala Umar akan mengikut apa yang dilakukan abangnya.
SETIAP kelahiran anak lazimnya disambut dengan penuh kesyukuran, ditatang bagai minyak yang penuh dan akan dilimpahi dengan kasih sayang oleh kedua ibu bapa. Malah, tidak keterlaluan dikatakan tidak akan ada nyamuk pun yang dapat menggigit kulit si kecil.
Bagaimanapun, tidak dinafikan kadangkala walau sebaik mana sekalipun didikan yang diberikan ibu bapa, masih ada anak yang agak susah untuk diuruskan terutama dari segi kelakuan, dan inilah antara kebimbangan ibu bapa hari ini.
Begitu pun, anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorak 'warna' si anak. Wajar diingat setiap penyakit ada ubatnya dan begitu juga dalam mendidik anak. Terbaru, kaedah 'percakapan kepada diri' digunakan beberapa ibu bapa bagi membentuk anak menjadi insan luhur, mendengar kata dan patuh kepada orang yang lebih tua.
Berfikiran positif: Kaedah sebutan berulang kali mampu didik anak berhemah
KELAHIRAN cahaya mata sering kali diiringi dengan segunung harapan oleh kedua ibu bapa. Walaupun anak masih kecil, ada ibu bapa yang sudah merencanakan apakah bentuk pendidikan yang akan diberikan kepada anak. Setiap hari mereka berdoa supaya anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh membesar menjadi insan beriman.
Bagaimanapun, lain yang diimpikan, lain pula yang hadir. Ada kalanya, melihat anak orang lain tampak sopan dan mendengar kata, hati tertanya-tanya mengapa tingkah laku anak tidak seperti kanak-kanak berkenaan.
Pasti anda pernah melihat ada si kecil yang meraung di kawasan umum kerana kehendak mereka tidak dituruti atau mungkin pernah mengalami peristiwa memalukan itu. Lebih membimbangkan apabila si kecil berusia dua atau tiga tahun sudah pandai menyebut perkataan yang tidak sepatutnya mereka ucapkan pada usia begitu.
MOHD ZAHARI dan Nor Haslina sepakat menggunakan kaedah program audio anak bestari bagi mendidik Irfan dan Umar
Apabila situasi ini berlaku, masyarakat akan menuding jari kepada ibu bapa walaupun si anak mungkin mempelajarinya daripada rancangan yang dilihat di televisyen. Akhirnya tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana setiap ibu bapa pasti tidak akan mengajar sesuatu yang buruk kepada anak mereka.
Pengarah Urusan Integrative Holistic Wellness Centre (IHWC), Dr Nasoha Saabin, berkata kaedah percakapan berulang kali boleh diamalkan kepada anak yang mengalami masalah sedemikian.
Katanya, melalui kaedah itu, anak akan menjadi lebih fokus dan mempunyai asas jati diri yang boleh dikembangkan ke arah yang lebih positif.
Malah, jika anak didedahkan dengan kaedah ini sejak usia muda, mereka akan menjadi lebih mudah diurus, mendengar kata dan paling penting mempunyai tahap kematangan yang lebih berbanding kanak-kanak sebaya lainnya.
"Kaedah percakapan kepada diri ini tidak semestinya digunakan untuk anak yang bermasalah saja kerana kanak-kanak normal juga boleh didedahkan dengan kaedah berkenaan. Melalui kaedah pernyataan positif yang disebut berulang kali, ia akan membina keyakinan diri anak.
"Ini kerana pada usia bayi hingga dua tahun, mereka menerima semua yang mereka dengar dan lihat. Sama ada baik atau buruk sesuatu perkataan mereka akan rekodkan semuanya di dalam minda. Apabila melepasi tahap usia itu dan sudah boleh bertutur, mereka akan bertindak mengeluarkan semula perkataan yang mereka pernah dengar satu ketika dulu. Jadi, apabila anak diperdengarkan dengan perkataan yang membina, mereka akan meluahkan semula apabila besar kelak," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr Nasoha berkata, kaedah itu amat mudah digunakan kerana mereka hanya perlu mendengar cakera padat yang menyebut perkataan ringkas dan positif. Setiap satu sesi mengambil masa tujuh minit dan ada tiga sesi yang perlu dilakukan iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang atau malam.
Katanya, percakapan yang diulang akan membentuk atau mengubah pemikiran dan kepercayaan sekali gus akan mengubah tabiat serta tingkah laku individu yang mendengarnya. Dalam situasi itu, kanak-kanak yang mendengar secara tidak langsung akan terkesan dengan pernyataan positif itu kerana manusia lazimnya akan melakukan sesuatu perkara berdasarkan apa yang dipercayai dan bukannya apa yang diketahui,
"Sepanjang tujuh minit sesi berlangsung, biarkan anak anda mendengar saja rakaman berkenaan. Sama ada mereka memberi tumpuan atau tidak, ibu bapa tidak perlu risau kerana walaupun anak kelihatan bermain dengan peralatan lain, minda mereka merakam apa yang didengar.
"Jadi apabila rakaman diulang, secara tidak langsung mereka akan mula ingat apa yang disebut oleh rakaman berkenaan," katanya.
Katanya, IHWC mengeluarkan beberapa cakera padat mengikut tahap usia kanak-kanak. Setiap tahap disusun dengan modul tertentu bagi memudahkan penerimaan pendengar kecil dan diterapkan dengan konsep keimanan selaras dengan perkembangan usia mereka. Penerangan lanjut mengenai kaedah ini boleh dibaca melalui laman web www.anakbestari.com.
"Bagi siri terapi audio keluarga bestari, ada program khusus untuk anak berusia empat tahun ke bawah dinamakan Si Comel Bestari. Untuk anak berusia lima hingga lapan tahun pula, mereka boleh mendengar rakaman Si Manja Bestari, manakala bagi usia sembilan hingga 12 tahun, Kanak-kanak Bestari sesuai untuk mereka.
Anak lebih cepat matang
BAGI pasangan Mohd Zahari Abdul Ghani dan Nor Haslina Hamidi, program audio bestari yang mereka perdengarkan kepada cahaya mata sejak kecil membuahkan hasil apabila kedua-duanya mempunyai sifat dan peribadi yang agak matang berbanding sepupu mereka yang lain.
"Anak saya yang sulung, Muhammad Irfan, tiga tahun, mula mendengar rakaman ketika masih bayi dan dia faham apa yang didengar. Kesan daripada rakaman yang didengar amat memberangsangkan kerana dia boleh menerima setiap alasan dan pengajaran yang saya berikan.
"Dilihat kepada kanak-kanak sebaya usianya, mereka cenderung menangis atau mengamuk sekiranya tidak mendapat barang permainan yang dikehendaki atau kemahuan mereka tidak dipenuhi, sebaliknya sebagai contoh Irfan boleh menerima kenyataan kenapa saya dan suami tidak membenarkan dia bermain permainan berkenaan," katanya.
Nor Haslina berkata, anak keduanya, Muhammad Umar, juga menunjukkan peningkatan positif dari segi penerimaan ilmu pengetahuan kerana dipengaruhi abangnya. Lazimnya si abang adalah idola kepada adik dan apa yang dilakukan abang akan diikuti adiknya.
"Dalam persekitaran keluarga kami, Umar banyak mengikut tingkah laku abangnya dan apabila bertemu saudara mahupun sepupu, Irfan sering menunjukkan contoh baik terhadap sepupunya, malah dia cuba untuk memahami konsep pernyataan positif kepada saudaranya itu, saya kira situasi ini adalah satu perkembangan positif," katanya.

Monday, November 17, 2008
Dalam Kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)