Macam kenal jer......Ini satu tempat kerja rupanya....
IRFAN (kanan) mudah mendengar kata, manakala Umar akan mengikut apa yang dilakukan abangnya.
SETIAP kelahiran anak lazimnya disambut dengan penuh kesyukuran, ditatang bagai minyak yang penuh dan akan dilimpahi dengan kasih sayang oleh kedua ibu bapa. Malah, tidak keterlaluan dikatakan tidak akan ada nyamuk pun yang dapat menggigit kulit si kecil.
Bagaimanapun, tidak dinafikan kadangkala walau sebaik mana sekalipun didikan yang diberikan ibu bapa, masih ada anak yang agak susah untuk diuruskan terutama dari segi kelakuan, dan inilah antara kebimbangan ibu bapa hari ini.
Begitu pun, anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorak 'warna' si anak. Wajar diingat setiap penyakit ada ubatnya dan begitu juga dalam mendidik anak. Terbaru, kaedah 'percakapan kepada diri' digunakan beberapa ibu bapa bagi membentuk anak menjadi insan luhur, mendengar kata dan patuh kepada orang yang lebih tua.
Berfikiran positif: Kaedah sebutan berulang kali mampu didik anak berhemah
KELAHIRAN cahaya mata sering kali diiringi dengan segunung harapan oleh kedua ibu bapa. Walaupun anak masih kecil, ada ibu bapa yang sudah merencanakan apakah bentuk pendidikan yang akan diberikan kepada anak. Setiap hari mereka berdoa supaya anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh membesar menjadi insan beriman.
Bagaimanapun, lain yang diimpikan, lain pula yang hadir. Ada kalanya, melihat anak orang lain tampak sopan dan mendengar kata, hati tertanya-tanya mengapa tingkah laku anak tidak seperti kanak-kanak berkenaan.
Pasti anda pernah melihat ada si kecil yang meraung di kawasan umum kerana kehendak mereka tidak dituruti atau mungkin pernah mengalami peristiwa memalukan itu. Lebih membimbangkan apabila si kecil berusia dua atau tiga tahun sudah pandai menyebut perkataan yang tidak sepatutnya mereka ucapkan pada usia begitu.
MOHD ZAHARI dan Nor Haslina sepakat menggunakan kaedah program audio anak bestari bagi mendidik Irfan dan Umar
Apabila situasi ini berlaku, masyarakat akan menuding jari kepada ibu bapa walaupun si anak mungkin mempelajarinya daripada rancangan yang dilihat di televisyen. Akhirnya tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana setiap ibu bapa pasti tidak akan mengajar sesuatu yang buruk kepada anak mereka.
Pengarah Urusan Integrative Holistic Wellness Centre (IHWC), Dr Nasoha Saabin, berkata kaedah percakapan berulang kali boleh diamalkan kepada anak yang mengalami masalah sedemikian.
Katanya, melalui kaedah itu, anak akan menjadi lebih fokus dan mempunyai asas jati diri yang boleh dikembangkan ke arah yang lebih positif.
Malah, jika anak didedahkan dengan kaedah ini sejak usia muda, mereka akan menjadi lebih mudah diurus, mendengar kata dan paling penting mempunyai tahap kematangan yang lebih berbanding kanak-kanak sebaya lainnya.
"Kaedah percakapan kepada diri ini tidak semestinya digunakan untuk anak yang bermasalah saja kerana kanak-kanak normal juga boleh didedahkan dengan kaedah berkenaan. Melalui kaedah pernyataan positif yang disebut berulang kali, ia akan membina keyakinan diri anak.
"Ini kerana pada usia bayi hingga dua tahun, mereka menerima semua yang mereka dengar dan lihat. Sama ada baik atau buruk sesuatu perkataan mereka akan rekodkan semuanya di dalam minda. Apabila melepasi tahap usia itu dan sudah boleh bertutur, mereka akan bertindak mengeluarkan semula perkataan yang mereka pernah dengar satu ketika dulu. Jadi, apabila anak diperdengarkan dengan perkataan yang membina, mereka akan meluahkan semula apabila besar kelak," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr Nasoha berkata, kaedah itu amat mudah digunakan kerana mereka hanya perlu mendengar cakera padat yang menyebut perkataan ringkas dan positif. Setiap satu sesi mengambil masa tujuh minit dan ada tiga sesi yang perlu dilakukan iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang atau malam.
Katanya, percakapan yang diulang akan membentuk atau mengubah pemikiran dan kepercayaan sekali gus akan mengubah tabiat serta tingkah laku individu yang mendengarnya. Dalam situasi itu, kanak-kanak yang mendengar secara tidak langsung akan terkesan dengan pernyataan positif itu kerana manusia lazimnya akan melakukan sesuatu perkara berdasarkan apa yang dipercayai dan bukannya apa yang diketahui,
"Sepanjang tujuh minit sesi berlangsung, biarkan anak anda mendengar saja rakaman berkenaan. Sama ada mereka memberi tumpuan atau tidak, ibu bapa tidak perlu risau kerana walaupun anak kelihatan bermain dengan peralatan lain, minda mereka merakam apa yang didengar.
"Jadi apabila rakaman diulang, secara tidak langsung mereka akan mula ingat apa yang disebut oleh rakaman berkenaan," katanya.
Katanya, IHWC mengeluarkan beberapa cakera padat mengikut tahap usia kanak-kanak. Setiap tahap disusun dengan modul tertentu bagi memudahkan penerimaan pendengar kecil dan diterapkan dengan konsep keimanan selaras dengan perkembangan usia mereka. Penerangan lanjut mengenai kaedah ini boleh dibaca melalui laman web www.anakbestari.com.
"Bagi siri terapi audio keluarga bestari, ada program khusus untuk anak berusia empat tahun ke bawah dinamakan Si Comel Bestari. Untuk anak berusia lima hingga lapan tahun pula, mereka boleh mendengar rakaman Si Manja Bestari, manakala bagi usia sembilan hingga 12 tahun, Kanak-kanak Bestari sesuai untuk mereka.
Anak lebih cepat matang
BAGI pasangan Mohd Zahari Abdul Ghani dan Nor Haslina Hamidi, program audio bestari yang mereka perdengarkan kepada cahaya mata sejak kecil membuahkan hasil apabila kedua-duanya mempunyai sifat dan peribadi yang agak matang berbanding sepupu mereka yang lain.
"Anak saya yang sulung, Muhammad Irfan, tiga tahun, mula mendengar rakaman ketika masih bayi dan dia faham apa yang didengar. Kesan daripada rakaman yang didengar amat memberangsangkan kerana dia boleh menerima setiap alasan dan pengajaran yang saya berikan.
"Dilihat kepada kanak-kanak sebaya usianya, mereka cenderung menangis atau mengamuk sekiranya tidak mendapat barang permainan yang dikehendaki atau kemahuan mereka tidak dipenuhi, sebaliknya sebagai contoh Irfan boleh menerima kenyataan kenapa saya dan suami tidak membenarkan dia bermain permainan berkenaan," katanya.
Nor Haslina berkata, anak keduanya, Muhammad Umar, juga menunjukkan peningkatan positif dari segi penerimaan ilmu pengetahuan kerana dipengaruhi abangnya. Lazimnya si abang adalah idola kepada adik dan apa yang dilakukan abang akan diikuti adiknya.
"Dalam persekitaran keluarga kami, Umar banyak mengikut tingkah laku abangnya dan apabila bertemu saudara mahupun sepupu, Irfan sering menunjukkan contoh baik terhadap sepupunya, malah dia cuba untuk memahami konsep pernyataan positif kepada saudaranya itu, saya kira situasi ini adalah satu perkembangan positif," katanya.
No comments:
Post a Comment