Tuesday, November 25, 2008

TAMAN MINI MALAYSIA



Taman Mini Malaysia dan Asean memaparkan keunggulan seni bina tradisi daripada 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah replika rumah negara Asean mengikut spesifikasi sebenar. Rumah - rumah tersebut seperti rumah tiang 12 di Kelantan, rumah panjang di Kedah, rumah kutai di Perak, rumah serambi gajah menyusu di Pulau Pinang dan rumah Jonglo Mangkurat dan Sulawesi di Indonesia.

Selain menghayati keunikan rumah tempatan dan Asia Tenggara, keindahan flora dan lanskap sambil menyaksikan persembahan kebudayaan pasti menyeronokkan!

LOKASI:

Terletak 15 kilometer dari Pusat Bandaraya Bersejarah Melaka, berhampiran Country Resort dan Zoo Melaka.

No comments: