Photobucket

Wednesday, December 10, 2008

Bumi perlu perisai khas asteroid


VIENNA: Sekumpulan saintis antarabangsa meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mewujudkan sistem 'perisai khas' bagi melindungi bumi daripada ancaman hentaman asteroid atau tahi bintang.

Panel Ancaman Asteroid itu menegaskan, sistem berkenaan berasaskan tiga elemen iaitu - amaran, teknologi pemusnah dan proses pembuat keputusan yang menghalang berlakunya bencana besar-besaran.

Ia turut mencadangkan agar satu rangkaian antarabangsa diwujudkan bagi melakukan usaha mengesan tahi bintang yang berada di laluan menghentam bumi.

Sistem itu juga, kata mereka, boleh membantu kerahan kapal angkasa yang boleh memusnahkan sebarang objek yang boleh mengancam planet ini.

"Biarpun kemungkinan perlanggaran tahi bintang dengan bumi agak kecil, tetapi kesan insiden sedemikian amat buruk andai ia berlaku," kata saintis itu kepada sekumpulan delegasi PBB di sini, kelmarin. � Agensi